
|
Annyeong aku selalu mendo’akanmu. walau dalam diam. karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya Buzz me Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Intan Best view: Google Chrome |
Gadis
Wednesday, 22 April 2015 | 08:11 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')menyelak kisah semalam kelmarin dan yang terdahulu. Hari ini baru aku tersedar, ada sesuatu yang menuntun niat di hati untuk terus menyubur semangat yang dahulunya kelam. terpandang jasad dahulu yang terkulai layu, tertanya mengapa aku begitu? terkadang aku sendiri tidak tahu, mengapa aku terus tewas dengan puing-puing yang orang disekeliling memandang enteng, walhal aku memberatkan sesuatu yang tidak sepatutnya. mujahadah. pahit benar rasanya mujahadah, perit benar perjuangannya, mujahadah, jerih dan perihnya membuat aku terkuncam tanpa kata. seorang gadis, yang kelihatan sudah dewasa, matang dan cantik dihadapan bundanya. punya pilihan. namun, lebih mengutamakan orang tuanya berbanding apa yang menjadi pilihan hatinya. menolak segala impian kerana terus berpasakkan " redha Allah itu redha ibu bapa" utuh dan teguh kata-kata ini, dan terus menjadi prinsip hidupnya, sekalipun hati membantah dan juga memberontak. mujahadah, ingin aku katakan, berkali-kali aku tersungkur. berkali-kali air mataku gugur, berkali-kali aku mencari jiwa dan raga yang pergi, supaya kembali. aku lah gadis itu. aku lah gadis yang menangis teresak-esak dihadapan mimbar, aku lah gadis yang tersandar di dinding masjid, tenang dihadapan Rabb. lelah menahan esak. ternyata jalan mujahadah bukan semudah apa yang aku sangka. ketenangan yang aku punya bila bersendirian jauh dari kenalan. aku lah gadis yang belajar erti keteguhan, dengan senyuman bonda. aku lah gadis yang belajar erti keteguhan, dengan belaian bonda, aku lah gadis yang belajar erti keteguhan, dengan melihat titis peluh ayah bonda. aku lah gadis itu. ayah bonda, semoga Tuhan meluruhkan cinta kita sekeluarga ke syurgaNya. menuntut jiwa untuk lebih keras dalam mujahadah.mujahadah dalam semua hal. mujahadah dalam menuntun rasa. tahun yang kurang membebaskan air mata. entahlah. sesuatu yang sukar bagi aku untuk merubah sebuah rasa sakit kepada rasa yang indah. tapi segala jawaban-jawaban Tuhan mampu menemukan saya pada rasa indah itu. manis. hamdan lillah untuk segalanya. dari mula hingga ke saat ini. semoga terus lewat paksi yang terlorong jiwa yang telus pada Dia. Semoga terus bersemangat.
untuk kembar "tak sama tapi serupa"
sanah helwa.
semoga menjadi gadis yang kuat jiwanya.
menjadi gadis yang solehah taat perintah Allah,rasul dan ibu bapa.
selamat ulang tahun yang ke dua puluh satu.
nur farhana seindah dan secantik nama diberi,
antara sosok yang dikirim Dia,
siapa pernah sangka begitu cantik rencana Dia
kita adalah bahagian daripada takdirNya :')
sengaja hadiahkan lubang hidung kembang supaya menjadi mimpi indah kamu.
kan dah kata tadi. kembar tak sama tapi serupa -_-
sincerely,
Gems Umbrella
|