Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
Kehilangan
Saturday, 14 February 2015 | 06:04 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')

masih mengenali aku ?
atau kalian lupa ?
 
ini aku . penulis blog ini . Tuan tanah blog ini.

aku kira ini adalah entry pertama setelah sekian lama diam dan menyepi. 
aku turut berkira-kira ianya mencecah ke angka 12 bulan bersamaan setahun. 
aku juga tanpa ragu-ragu masih berkira yang kalian rindu kan aku.
entry terakhir pada march 2014.
waktu itu aku masih berada di semester 2 tahun satu universitas Sains islam Malaysia.
aku rasa cukup setakat ini .
cukup setakat ini untuk muqaddimah.
tidak panjang juga tidak pendek/
ehem *muka garang sikitt*

_________________________________________________________________________________

tanggal 12 februari yang lepas ,
genap 66 tahun syahidnya pejuang islam menegakkan agama islam,
Imam Hasan Al-Banna,
seorang pemimpin kepada kesatuan Ikhwanul muslimin .

tanggal 12 Februari 2015,
telah pulangnya hamba Allah,
yang dihormati lagi disegani penduduk bumi,
apatah lagi kerajaan Allah subhanahu wataala.
Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah pulang menghadap Tuhan,
pemergiannya merentap hati ramai manusia.

seluruh hidupnya adalah untuk agama.
segala yang dimilikinya sering dikatakan " pinjaman "
aduh . bagai ditembak dengan peluru.
aku manusia persis beliau,
bila orang meminjam barang ,
sudah aku bising bagai murai tercabut ekor bila orang lain mengambil hak aku,
walhal segalanya Adalah pinjaman daripada Allah.

ayahanda, tenanglah dikau di sana. 
perjuangan mu akan diteruskan pemuda pemuda islam.
berehatlah ayahanda.
Al-Fatehah

aku yang pada mulanya menangis dihati,
atas pemergian Almarhum Tuan Guru Nik Abdul Aziz,
akhirnya menumpahkan air mata,
meski pun tidak pernah bersua muka,
aku merasakan roh dan semangatnya masih ada.
aku merasakan tarbiyyah , fikrah dan semangatnya masih ada.
aku merasakan beliau masih ada dibumi ini.

Bagi aku pemergiannya adalah satu kehilangan besar.
sekali gus membuat aku terus berfikir dan berfikir.
apa yang aku lakukan untuk islam?
apa sumbangan aku untuk islam ?
aku masih lalai dan mengejar dunia .

semakin dekat dunia dengan pengakhiran,
semakin ramai ulama dijemput tuhan.
sudah tahu dunia kian ke penghujung ,
malaikat maut dok intai-intai ,
tapi aku masih lalai.
lalai dengan gajet ,
lalai dengan wang,
lalai dan terus lalai.

sibuk lah mencari tulang rusuk kiri.
sibuklah bergetar tulang rusuk itu dan ini .
sibuklah siapa bakal imam ku ,
bakal makmum ku .
sibuk lah bertanya produk Qu putih atau botox mahal itu.
sibuk lah bertanya tentang cahaya mata,
sibuklah bertanya wang hantaran berapa?
sibuk lah bertanya business kita bagaimana ?
walhal ajal maut tidak pernah beri kita ruang dikit pun untuk bersedia.

Allah.
jemput aku menghadap kamu dengan husnul khatimah.
jemput aku dalam keadaan yang beriman ,
sepertimana kau menjemput aku ke dunia dalam rahim ibu ku yang beriman kepadaMu.
Ya Allah.
kau yang memegang hati aku .
kau kuatkan aku untuk terus thabat pada jalanMu.
kuatkan aku supaya istiqamah,
menjadi muslimah solehah dan mukminah.
Ampunkan dosa keterlanjuranku dalam setiap perbuatan dan percakapan.

........

aku tak mampu meneruskan kata....






Old things | New things