Annyeong aku selalu mendo’akanmu. walau dalam diam. karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya Buzz me Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Intan Best view: Google Chrome |
Third Year.
Wednesday, 2 September 2015 | 19:36 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all beloved Readers.
Annyeong September (emoji lambai-lambai )
Setiap kali naik semester memang rasa bersemangat nak update entry. Macam lifeless jugak kadang-kadang bila berkira dengan diri sendiri ni. Sambil menaip bukak lah soundcloud ni dengar lagu-lagu tangkap leleh sikit supaya feeling feeling menaip entry macam ada zoukkk. hah , peduli lah aku eja macam mana pun janji kau boleh bunyi.
Sebenarnya macam tak percaya dengan diri sendiri dah nak naik tahun tiga. sebab macam haritu jer aku tengok abang aku baru tahun tiga tetiba dah sampai turn aku naik tahun tiga. kejap je kan ! tolong la angguk sikit kepala tu. aduh, come on lah brother sister. aktif sikit pepagi ni. tak tak, aku tak nak ada unsur abuse dalam blog ni. her her her . tak lawak kan ? tahu dah . lulsss
okey okey. serious lah . sebenarnya nak share lah perasaan nak naik tahun tiga ni. totally different sangat-sangat sebab sebelum-sebelum ini aku macam stress gila nak naik tahun. boleh kata aku cam benci gila la nak datang usim ni. siap ponteng seminggu minggu kuliah pertama sebab aku tak nak la join semua tu. teruk kan aku memberontak? dengan kene pindah kelas baru lagi. sakit jugak hati aku ni. Soundcloud ni shuffle lagu hujan- hafiz ippo pulak.suka hati aku je hafiz ippo. ippo hafiz la. tak jadi nak meleleh air mata aku. nyanyi sikit boleh ?
" aku tak bisa untuk kenangi masa tika kita bersama .... "
Dah, sikit je nyanyi tak boleh banyak-banyak sebab nanti korang tak boleh tidur teringat suara iolls * pintal-pintal rambut * ahaks. sudah sudah. Bila naik tahun tiga ni frankly say, aku tak ada rasa pape pun. tak rasa sedih meghoyan tepi jalan, orang dah start gelabah pasal daftar course yang menggunakan sistem baru tu aku still lagi rileks dan chill layan korean drama. orang sibuk nak tengok result aku boleh lagi shopping dan bawak mama jalan-jalan.
Tak paham jugak dengan hati ni. mungkin sebab dah matang kott. ahaks. matang uolls. Tak tahu apa akan terjadi dengan seorang intan semester ni. harap-harapnya kuat dan tabah. tak mahu la cengeng menangis kat bucu katil. Seorang intan yang lebih berdikari. bukan nya dulu tak berdikari, dari dulu pun berdikari, cumanya dah naik tahun ni kene lebih lagi berdikari. dapat tak dapat ? dapat en. dapat ape pn aku tak tahu sebenarnya asal kau dapat jela en.
oh ya, tahun ni duduk kolej kediaman satu semula. mohon untuk kali ini cinta pada kk1 berputik sebab dulu layu dan mati. tiada hati langsung nak balik kk1. sunbae ( senior ) semua duduk blok C. hoyeah . berjogetnya seketul intan atas katil bila menerima khabar yang senior semua dekat blok C sebab itu blok yang intan paling banyak kenangan. and one more thing kolej kediaman satu semua khas untuk gugurls gitcheww. mesti kau penat en baca dan imagine nak layan aku yang macam syok sendiri. peduli la. kau kene jugak layan. haha
Berbaki satu tahun setengah di bumi USIM yang bertuahahahaha kemudian internship. semoga diberikan kekuatan yang cekal, mampu kawal emosi dan segala jenis kesibukan. oh, kalau korang ada supplement yang bagus boleh la suggest kat aku sebab tahun tiga ni a bit tough. Risau jugak aku kalau intan syazwani dah berupa macam zombi mak lampir gara-gara tak tidur malam menyiapkan coding java yang adoiinya la pun kadang tak masuk dek akal aku ni. Selain itu, aku nak betul-betul kuasai ilmu alquran yang aku bawak. nanti kalau di berikan anugerah anak-anak, teringin sangat nak didik diorang cintakan Alquran sejak kecil. kalau boleh nak diorang jadi hafiz/hafizah dan kuasai bahasa Arab. berangan ? yes . sebab cita-cita itu bermula daripada sebuah angan-angan.
Mohon jangan ada masalah hati pun sebab intan tak kuat. awaa itew tak kuat awaa. pukk gak kang intan ni. but serious, i cannot handle myself, so please don't confess and wait. kah, perasan gila kau jah ada orang nak confess dengan perangai tak behave ni. Mohon "boyfriend" bertahan hantaq pi kuliah dan kelas. oh, boyfriend tu my own car sebab plat kereta BFY *** . Semoga prestasi seorang intan meningkat dan terus meningkat .intan pandai cuma kadang malas. jauhkan sikap malas ni.
ok. sekian saja . Welcome junior Bachelor of Quran Studies with Multimedia .
bercita-cita nak ponteng seminggu lagi. camne ni ? tazkirah sikit!
bai.
Intan Syazwani
Bila nak berdua ?
| 06:45 | 0 comments
Ini adalah post yang entah berapa bulan aku kepam dalam kotak draft. tak basi lagi. sebab baru bagi salam.
To be honest, aku dah berapa hari sakit kepala ditambah lesu sebab i want to make it this things up. Fortunately, baru harini aku berkesempatan push otak tolak kiri kanan supaya menghasilkan cetusan idea yang menarik minat readers supaya berkobar-kobar lari tak cukup tanah sebab terlampau excitednya membaca entry aku. ( hiperbola sikit ) Baring bangun semula tapi takdak idea. Tunggang terbalik dunia sebab aku kira entry ini kira berat dah sesuai untuk 18xx ke atas.
Aku berkira-kira jugak nak update atau tidak. kalau ada penghujung entry ini makanya aku berjaya update . yeay ! ( tarik nafas lega ). Sebenarnya ..... Kau pernah tak ada rasa nak kawen ? Hah kau ! terus direct aku tanya. sebenarnya ini yang aku nak cakap sampai aku bergaduh dengan keyboard sebab taknak tekan butang huruf terbabit ( aku tipu ).aku tak bergaduh pun sebenarnya cuma aku berperang dengan perasan sendiri sama ada nak teruskan menaip atau tidak. pergh, drama bukan ?
Ini kakak saudara yang lepas kahwin merdeka lepas
Rentetan kakak-kakak saudara aku bakal mendirikan rumah tangga masing-masing, jadi aku terpanggil untuk menaip sedikit rasa dihati ini. Acecece, rasa dihati konon ( emoji muka kerek ). Boleh dikatakan sepupu-sepupu yang bakal mendirikan rumah tangga agak close atau erti kata lain agak rapat. Long story short, kira aku dan baki-baki sepupu lain lah yang tinggal. Jadi aku menerima banyak persepsi.
" alaa intan kau teruskan je belajar ... "
" kau takkan tak ada sesiapa ... "
"Ada tu...cuma dia yang demand sangat ... "
" tunggu lah. masanya akan tiba ... "
To be frank, aku tak melenting pun bila makcik-makcik dan nenek cakap these things. cumanya, agak tak selesa. entah apa yang mereka pandang muka ni, rasanya aku tidak menunjukkan riak muka "gelojoh" nak sangat kahwin ( maaf ayat agak kasar ). Well, aku tahu mereka cuba tenangkan aku sebab aku rapat dengan kakak-kakak saudara aku. but, serious. aku chill je weyh, tolong laa pahammmm ( emoji stress ).
Listen, i've my own plan. kau mesti baca macam dah stress gila dah wei entry ni. haha, that is why i was like, budak-budak belum lepas upsr mahupun spm mohon jangan baca. mahu kau hentuk kepala kat dinding sebab tak paham dengan aku sebenarnya.
from my observe, i cannot handle urusan hati dengan belajar, so since i'm not finish yet my study,tak nak beratkan fikiran soal rumah tangga 'till the time comes. bukan taknak fikir langsung. masih berfikir dan merancang yang terbaik cumanya tidak berat dan terlampau serious. So, aku bukannya tak normal sebab tak ada perasaan dengan lelaki, ataupun aku demanding mahupun aku tak laku. gila kau tak laku. mintak dijauhkan. ramai saja kawan-kawan sebaya dah mendirikan rumah tangga, dan aku cuma belajar daripada mereka. " bila nak berdua ? " kadang aku takut jugak bila dengar cerita mereka yang berpengalaman and sometimes perkara itu berlaku depan mata. semoga bekalan yang kita ada, mendidik kita. learn something katanya.
Diam tak bermakna nothing. berisi. Jangan disebabkan orang lain ada, kita rembat saja siapa-siapa untuk jadi pemuas hati kita. hakikatnya ? cuma mangsa keadaan dan tidak ada keikhlasan. Tak perlu bimbang sangat soal jodoh, Allah dah susun elok-elok untuk kita. Doa yang baik-baik, sentiasa berada pada sangkaan Allah. Single ini adalah masa terbaik untuk kita mempraktikkan dan kutip setiap ilmu yang ada. Jangan bila sudah berumah tangga nanti baru menyesal tidak ke sudah. Allah itu bersama kita. Orang gemuk pun kawen, orang pendek pun berumah tangga. muka penjenayah tapi baik hati. please dont judge a book by its cover. haha . kalau inginkan kecantikan seseorang, kau cuma dapat kecantikan. dan kecantikan itu sifatnya sementara. make up la cantik mana, kalau dah tua tetap tua. trust me. terima setiap kekurangan dah kelebihan serta saling lengkap melengkapi.
Bukan tidak pernah kecewa. Kerana sudah terlalu kecewa sampai tidak tega biarkan hati terus luka dan kering air mata. Sudah dewasa bukan? masanya untuk berhati-hati dan perhati. Sampai bila nak biarkan hati terus dipermainkan? sakit kan ? woi, tak payah la husyuk sangat. Dah macam ustazah-ustazah ayat aku ni .hehe.
tak. aku tak perfect pun. nak kata pakai tudung labuh bulat jarang sekali istiqamah apatah lagi berpurdah. ayat? kalau aku bengang memang cakap lepas jela. silap hari bulan memang tak bercakap. tapi jauh dari sudut hati aku, kadang aku nak seseorang yang mampu bawak aku,tuntun hati aku. sorry tak purfekkk ( kau baca ayat tadi tu gedik sikit eh ) . Jangan pernah berhenti doa supaya Allah lembutkan hati kita terima semua teguran baik daripada orang lain waima dia seorang penzina.
jari aku dah bengkak menaip termasuk otak aku pun bengkak perah idea entry. entah apa aku bebel. it just my opinion dan luahan. sila tegur dengan baik sebab aku benci kekasaran even sometimes aku kasar. luls ,
akhir kalam,
doakan intan.
semoga jodoh kita semua dengan orang yang baik-baik.
selamat berumah tangga kakak-kakak dan coursemate ! ihiks .
wasalam.
penipu
Friday, 21 August 2015 | 21:00 | 0 comments
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all beloved Readers.
Jangan ditanya.
Jangan ditanya mengapa.
Jangan ditanya kemana.
dunia ini penuh dusta.
hingga menutup segala kebenaran yang ada.
hati manusia banyak terluka.
dek kerana pendustaan semata.
kadang terpaksa membungkam seribu duka.
menahan sakitnya dusta.
sudah lah.
aku letih.
tawar hati.
tidak lagi perlukan kau kau dan kau.
pergi.
jangan sebok perihal diri ini.
jawapan aku masih sama.
jangan ditanya semuanya.
sebab aku tak sangka yang kau ni such a big liar. titik Erti syukur
Wednesday, 19 August 2015 | 22:52 | 0 comments
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all beloved Readers.susah jugak sebenarnya nak cari mood untuk menaip dengan sepenuh hati. dan seikhlas hati * ayat ustazah ustazah kau jah * kadang orang terlalu meletakkan expactation terlalu tinggi. sampai setiap apa yang dikata terlajak tafsirannya. bukan terlajak malah lari dari landasan makna. alhamdulillah. natijah dah keluar . syukur ada peningkatan setelah dua semester jatuh macam nangka busuk. maksudnya nangka tu tak ada lah jatuh gedebukk macamtu. dia jatuh sikit sikit . contohnya nangka berada di skala 7 lalu terjatuh diskala 5 kemuadian jatuh ke skala 4. begitu analogynya. mudah bukan? terus terang. untuk tingkatkan semula pointer yang jatuh tidak semudah turunnya harga kangkung yang digembar gemburkan. tetapi tafsiran syukur harus lebih dari segala. so far pointer jatuh aku tak meghoyan lagi, still chilling like a boss *pintal pintal rambut * sebab aku tahu kemampuan aku. aku tahu usaha aku macam mana .
pointer cannot display. Grade only.
syukur. pointer jatuh. sebab Dia ajar aku untuk terus bangkit. syukur. pointer naik. sebab Dia ajar aku untuk tidak terlalu berpuas hati. maksudnya boleh jadi Allah tarik semula apa yang diberiNya. terima kasih Allah. terima kasih mama abah. terima kasih lecturer . terima kasih kawan-kawan. terima kasih untuk diri sendiri sebab bertungkus lumus menaikkan semula pointer. terima kasih kepada semua sebab tidak pernah putus mendoakan kejayaan intan meski dalam diam. aku cuma pelajar biasa-biasa. selalu jugak ponteng kelas. selalu jugak la tak focus time kuliah. selalu jugak la demam. *dari dulu antibody tak kuat * mana yang dapat B tu sebab aku main-main. menyesal. hmm tak tidur malam kerana programming itu perkara biasa student multimedia. something that amazes me is , seorang intan sangat tidak menggemari subject sikap orientalis terhadap alquran dan sunnah. siapa entah si ignaz goldziher dan sahabat-sahabat dia yang cuba menghancurkan dan memesongkan ajaran islam tetapi tetap struggle untuk faham dek kerana meminati sejarah. oh. tetapi sejarah orientalis ini dalam bahasa arab. alhamdulillah A solid dalam tangan. tiada rahsia . cuma kene tingkatkan usaha lagi intan. hubungan dengan mama abah penting. ye. selalu jugak la balik rumah klang. boleh kata setiap minggu. aktif . semua pertandingan dengan aktiviti dalam kampus aku join. sekian . najah buat ummah . Gua
Saturday, 15 August 2015 | 23:26 | 0 comments
In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all beloved Readers.
ada suatu tika,
aku lumpuh dengan segala peristiwa.
berat melepaskan nafas.
aku kau buat bagai kain buruk.
lap saja segala limpahan kotoran.
hinanya aku pada kornea kamu.
saat kau punya segala,
aku memandang penuh makna.
saat kau kaya dengan harta,
kau gapai apa saja.
sedang aku tercungap-cungap,
terpaksa hadap apa saja juadah yang boleh dilahap.
saat kejayaan milik kau,
aku dan yang lain kau ke tepikan.
bila kejayaan menanti kami,
ada saja yang tidak kena itu dan ini.
kalimah "menyesal" itu saja yang terpacul dari mulut kamu.
kamu fikir kami wartawan untuk mencatat semua yang kamu rasa?
tapi yang kami rasa kamu langsung tidak mengerti.
apa lagi yang kamu mahu?
pantang melihat aku dan lain bersama.
sedang kau bersama dengan si dia,
sedikit pun tidak rasa cemburu iri hati.
masih ingin teruskan ?
teruskan lah dengan mencari kekurangan aku dan yang lain,
untuk kepentingan kamu.
cumanya ..
maaf .
kain kamu terkoyak.
sila jaga tepi kain sendiri.
sudah .
baik aku ber-gua.
mungkin kau puas dengan kejumudan aku .
dan yang lain .
nurfatin turns 20
Monday, 3 August 2015 | 23:52 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all beloved Readers.
sahabat dan kawan. ejaan yang berbeza, dan membawa makna juga yang berbeza. dia lah sahabat, dia lah kawan, dia lah adik, dia lah kakak. walau berbeza ibu ayah, walau berbeza mama abah, walau berbaza adik - beradik. walau berbeza salasilah. atas nama ukhuwah. kita tetap bersaudara. she's always stand by my side. she's always wipe my tears when i cry. she's always give me supportive words and told me don't give up. she's always care about my family and i. she's never bored even she is bored actually. * just my expactation* pinjamkan bahu untuk aku teresak. pinjamkan telinga dengar segala amarah,geram, gembira, duka. ada suatu masa, aku diserang gastrik dan my body totally weak sampai terpaksa ponteng kuliah and suddenly i bump into her, we go to farmasi together beli gaviscon dan beberapa jenis ubat. dia temankan aku makan, paksa makan walaupun aku rasa nak muntah plus pening. dia pinjamkan bantal, tidur kat kolej kediaman dia sebab aku frust dengan assignment and bla bla bla temankan aku makan kat kedai malam-malam. dia tak pernah pun merungut layan aku, sabar dengan perangai aku. tak pernah jumpa sahabat sebaik dia setakat ni. she never be replace. disebabkan malam tadi tak sihat dan mengantuk yang tidak dapat di bendung-bendung. even dah set alarm nak bangun before 00:00, dah bangun pegang phone dan bukak whatsapp pun akhirnya aku tewas. huh, intan kalau dah mengantuk kau letak batang mancis kat mata dia pun still boleh tidur. dan memang kebiasaannya before 00:00 dah sampai london either kat usim or rumah.*herherher* so! my hunny bunny sugar cake. sanah helwah NURFATIN BINTI AZMI. finally my baby turns 21 .oppsss ! dah boleh kawen. nak langkah bendul silakan. iolls tak sabar nak jadi pengapit.hehe Selamat panjang umur murah rezeki. semoga berada didalam jangaanNya. buat ibu, terima kasih sebab lahirka atien yang baik hati ni. terima kasih sebab didik atien dengan baik. atien lembut ibu, bila intan nak lembut macam atien? hehe * i cannot be others * Semoga kita semua tabah untuk jalani sisa yang berbaki dua tahun ni dekat USIM. moga kita semua jaga hati masing masing serta sado siapkan thesis dan FYP yang tak menyabor nak serang. tak sabar nak bergambar hari jubah dengan atien,nisa, aj sebab waktu kat samttar kita tak dapat ambik gambar sama-sama naik pentas. okey. bai . . . . . .
Monday, 27 July 2015 | 23:23 | 0 comments
.... kerana aku masih mencintaimu walau terkadang aku keliru, ia menjadi asbab aku belum pernah selesai mendoakanmu ...
- Intan-
|