Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
Third Year.
Wednesday, 2 September 2015 | 19:36 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all beloved Readers.





Annyeong September (emoji lambai-lambai )


Setiap kali naik semester memang rasa bersemangat nak update entry. Macam lifeless jugak kadang-kadang bila berkira dengan diri sendiri ni. Sambil menaip bukak lah soundcloud ni dengar lagu-lagu tangkap leleh sikit supaya feeling feeling menaip entry macam ada zoukkk. hah , peduli lah aku eja macam mana pun janji kau boleh bunyi.

Sebenarnya macam tak percaya dengan diri sendiri dah nak naik tahun tiga. sebab macam haritu jer aku tengok abang aku baru tahun tiga tetiba dah sampai turn aku naik tahun tiga. kejap je kan ! tolong la angguk sikit kepala tu. aduh, come on lah brother sister. aktif sikit pepagi ni. tak tak, aku tak nak ada unsur abuse dalam blog ni. her her her . tak lawak kan ? tahu dah . lulsss

okey okey. serious lah . sebenarnya nak share lah perasaan nak naik tahun tiga ni. totally different sangat-sangat sebab sebelum-sebelum ini aku macam stress gila nak naik tahun. boleh kata aku cam benci gila la nak datang usim ni. siap ponteng seminggu minggu kuliah pertama sebab aku tak nak la join semua tu. teruk kan aku memberontak? dengan kene pindah kelas baru lagi. sakit jugak hati aku ni. Soundcloud ni shuffle lagu hujan- hafiz ippo pulak.suka hati aku je hafiz ippo. ippo hafiz la. tak jadi nak meleleh air mata aku. nyanyi sikit boleh ? 

" aku tak bisa untuk kenangi masa tika kita bersama .... "

Dah, sikit je nyanyi tak boleh banyak-banyak sebab nanti korang tak boleh tidur teringat suara iolls * pintal-pintal rambut * ahaks. sudah sudah. Bila naik tahun tiga ni frankly say, aku tak ada rasa pape pun. tak rasa sedih meghoyan tepi jalan, orang dah start gelabah pasal daftar course yang menggunakan sistem baru tu aku still lagi rileks dan chill layan korean drama. orang sibuk nak tengok result aku boleh lagi shopping dan bawak mama jalan-jalan.

Tak paham jugak dengan hati ni. mungkin sebab dah matang kott. ahaks. matang uolls. Tak tahu apa akan terjadi dengan seorang intan semester ni. harap-harapnya kuat dan tabah. tak mahu la cengeng menangis kat bucu katil. Seorang intan yang lebih berdikari. bukan nya dulu tak berdikari, dari dulu pun berdikari, cumanya dah naik tahun ni kene lebih lagi berdikari. dapat tak dapat ? dapat en. dapat ape pn aku tak tahu sebenarnya asal kau dapat jela en. 

oh ya, tahun ni duduk kolej kediaman satu semula. mohon untuk kali ini cinta pada kk1 berputik sebab dulu layu dan mati. tiada hati langsung nak balik kk1. sunbae ( senior ) semua duduk blok C. hoyeah . berjogetnya seketul intan atas katil bila menerima khabar yang senior semua dekat blok C  sebab itu blok yang intan paling banyak kenangan. and one more thing kolej kediaman satu semua khas untuk gugurls gitcheww. mesti kau penat en baca dan imagine nak layan aku yang macam syok sendiri. peduli la. kau kene jugak layan. haha

Berbaki satu tahun setengah di bumi USIM yang bertuahahahaha kemudian internship. semoga diberikan kekuatan yang cekal, mampu kawal emosi dan segala jenis kesibukan. oh, kalau korang ada supplement yang bagus boleh la suggest kat aku sebab tahun tiga ni a bit tough. Risau jugak aku kalau intan syazwani dah berupa macam zombi mak lampir gara-gara tak tidur malam menyiapkan coding java yang adoiinya la pun kadang tak masuk dek akal aku ni. Selain itu, aku nak betul-betul kuasai ilmu alquran yang aku bawak. nanti kalau di berikan anugerah anak-anak, teringin sangat nak didik diorang cintakan Alquran sejak kecil. kalau boleh nak diorang jadi hafiz/hafizah dan kuasai bahasa Arab. berangan ? yes . sebab cita-cita itu bermula daripada sebuah angan-angan.

Mohon jangan ada masalah hati pun sebab intan tak kuat. awaa itew tak kuat awaa. pukk gak kang intan ni. but serious, i cannot handle myself, so please don't confess and wait. kah, perasan gila kau jah ada orang nak confess dengan perangai tak behave ni. Mohon "boyfriend" bertahan hantaq pi kuliah dan kelas. oh, boyfriend tu my own car sebab plat kereta BFY *** . Semoga prestasi seorang intan meningkat dan terus meningkat .intan pandai cuma kadang malas. jauhkan sikap malas ni.

ok. sekian saja . Welcome junior Bachelor of Quran Studies with Multimedia .

bercita-cita nak ponteng seminggu lagi. camne ni ? tazkirah sikit!



bai.

Intan Syazwani














Old things