Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
throwback
Saturday, 28 December 2013 | 22:01 | 0 comments






Suatu pagi ...
sedang print out nota sirah rasul ,
bersama sepupu
tergelak berdua bahak-bahak dalam bilik

tetiba teringat masa kecik-kecik ,
kita main masak-masak belakang rumah ,
kita buat pondok bawah pokok rambutan .
waktu hujan kita duduk sempit sempit dalam pondok yang menunggu masa untuk rebah menyembah bumi .
konon-konon nak jadikan pondok tu rumah bersama .
"eh , nanti malam kite tido sini ramai2 nak ? "
kelakar ingat balik .








bila main cikgu-cikgu ,
adik masing-masing jadi student .
kakak-kakak jadi cikgu .
time tu aku jadi cikgu English ,
tapi english aku sampai arini berterabur .haha
anis cikgu bahasa melayu . sekarang dia sambung belajar kat IPG KAMPUS BAHASA MELAYU . See hebat kan !
kalau kakak lagi tua tu jadi guru besar .
sampaikan ambik kapur kat sekolah bawak balik rumah .
itu tak boleh bla ...
dinding rumah . almari semua jadi papan putih .

kadang-kadang sepupu aku ,
mirul dengan kak mira datang rumah nenek kitorang ajak main sesama .
kalau diorang tak datang tu ,
konon-konon tak sihat laa .

bila hari kecemerlangan mintak duit mak bapak masing-masing .
nak beli hadiah kecemerlangan .
ini moment paling lucu .
kitorang beli spender sebagai hadiah .
beli kat PASAR !!!
OH MY GOD .
naim adik lelaki aku dapat hadiah spender turqoise .
gila mengamuk time tu ..
zatie nangis kott tak silap aku sebab sedih dapat spender je .
konon penat belajar ttbe dapat spender jer .








tanam pokok buah mata kucing sesama .
alhamdulillah pokok tu besar dah ...
mungkin nanti kita sesama dah kawen baru pokok tu ade buah .
korang ingat lagi tak ..
bila bosan main kat rumah memasing ,
lari ke rumah wak kami .
nama wak kitorang "wak yah"
kadang-kadang macam dah bertapa kat situ .
makan . mandi . tido .
kat situ .
rasa akrabnya persaudaraan itu .

andai masa boleh di putar semula .
ingin sahaja diri ini berada dalam kalung kegembiraaan itu .
sedar sejenak .
sambil tersenyum .
aku dah besar rupanya .
aku dah ada di alam universiti .

andai dapat ku undurkan masa ......


Old things | New things