Annyeong ![]() ![]() ![]() aku selalu mendo’akanmu. walau dalam diam. karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya Buzz me ![]() Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Intan Best view: Google Chrome |
perjalanan seterusnya .
Saturday, 24 August 2013 | 06:41 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')sebenarnya ini entry yang sudah lama . cumanya aku tidak update . macam biasa aku hanya tabur janji palsu untuk mengupdate entry , semakin aku tabur janji palsu semakin tidak ber update . aku sebagai owner dan pemilik blog memohon jutaan kemaafan kepada kamu kamu kamu dan kamu terutama followers aku . aku sendiri tak tahu . bila keseorangan , weh kemain idea mencurah . bila aku dah hadap ini , kemain hambar . aku tak tahu mana menghilang idea aku . dan lately kemain jugak cerita aku hambar . Penulisan aku agak cakar ayam .eh .
****************************************************
"kepahitan yang sementara untuk kemanisan yang berpanjangan " kata-kata ini masih segar dalam ingatan aku . Getar di hati. Kusut. Takut. Gembira . Suka . Tak punya deskripsi. Mungkin Tuhan mengerti persis apa yang aku rasa. Aku harap aku tak berharap kerna takut apa yang diharap, ranap. Tapi aku mahu ia jadi realiti. Dekan ! insyaAllah . aku menghitung hari . membina sebuah kehidupan baru . Yang sinonimnya mereka ucap "campus life" Sekali lagi aku katakan ini adalah entry yang sangat panjang . dan berkemungkinan kamu yang telah loya dengan kisah aku bakal bosan .jadi awal awal lagi aku kata , if tak suka baca cerita aku , tolong tengok sebelah kanan atas . ade button (x) sila la tutup tab . "Campus Life " asyik dengan perkataan ini . rasanya tidak sabar mahu bergelar mahasiswi . bila aku duduk sendirian ,aku teringat waktu awal tahun , berhempas pulas menguruskan perihal mesir . aku menanam cita-cita setinggi gunung untuk sambung pelajaran di sana , namun aku sedar serta aku akur Allah’s plan is better than my dreams. pada awalnya , segala urusan untuk ke mesir sudah siap . hampir 1k habis untuk persiapan urusan . passport , bank draft , terjemahan sijil , kursus bahasa dan lain-lain telah di buat . hanya menanti pihak JAIS mengumumkan tarikh penerbangan . aku meniti hari-hari dengan harapan . sambil meniti hari , aku melewati detik keputusan IPTA di umumkan .Alhamdulillah , wasyukurillah ala zalik . aku ditawarkan ke Universiti Sains Islam Malaysia , fakulti Pengajian Quran dan Sunnah dalam jurusan Al-Quran dan Multimedia . Al-Quran dan Multimedia . dari dulu lagi aku inginkan course ini . Syariah islamiah juga . cumanya Mesir sesekali tidak pernah terlintas dalam fikiran ku dulunya . Namun , sejak aku punya natijah STAM , Semangat aku membuak untuk ke urdul kinanah . jujur aku kata , dalam sepanjang aku menguruskan perihal mesir , terlalu banyak kesulitan yang aku lalui . aku acapkali futur . hari ini baru aku tahu , rupanya mama tidak pernah merelakan aku kesana dek kerana tak sanggup berjauhan dengan anak gadisnya yang hanya satu dan tiada dua mahupun lebih . Namun , kerana mama tak sanggup lukakan hati aku , mama turuti kemahuan aku . Allah . besarnya pengorbanan mama untuk aku . Allah please pardon for all my mom's sins . please avoid her from fire of hell . untuk pertamanya sewaktu membuat terjemahan sijil . tiga kali aku ke ITBN (Institut terjemah bahasa negara ) if i'm not mistaken la . pertama aku buat ,okey .kali kedua datang untuk pick out of sijil terjemahan tu , salah aku jugak sebab tak semak betul betul ade kesilapan jantina . then , datang lagi untuk betulkan .seterusnya passport . aku kene masuk bilik budi bicara untuk harga student disebabkan aku pelajar persendirian . how pity i am so much . kemudian , berada di wisma putra , sangat kesian bila terpaksa berurusan dengan sendiri . mama terpaksa tunggu di luar berjam-jam . dengan panas teriknya , dan mama kehausan . aku dengan abaikan nombor terus keluar panggil mama masuk dalam . peduli la guard kat marah aku . just ignore and pekakkan telinga . Allah .... banyak kesulitan yang aku tempuh . belum lagi aku cerita ujian yang lain . boleh katakan perjalanan aku untuk selesaikan amat menguji kesabaran dan tidak lancar . bila keputusan IPTA keluar , aku tanya mama dengan sejujurnya . jawapan mama adalah USIM . bila aku tanya abah , aku berharap jawapan abah adalah mesir , kerana abah terlalu beriya-iya nak hantar aku kesana pada mulanya , namun jawapan abah adalah USIM . luluh hati aku . menangis . berendam air mata kerana tidak boleh terima keputusan orang tua ku . hingga laa aku ambil keputusan . keluar dari rumah dek terlalu kusut , aku mencari sakinah .aku memandang dada langit ,aku melihat tumbuhan yang menghijau . sungguh , aku cintakan nature . hanya ciptaan Allah ini yang mampu memberi aku ketenangan . Allahu akbar Allahu akbar Allahu akbar . sungguh hebat ciptaan Mu . hakikatnya , aku memang sukar untuk terima yang aku sendiri bakal meneruskan pengajian ke USIM . aku kurang selera makan . mood aku hambar . murung , berkurung dalam bilik . sehingga aku terpaksa terminate facebook dan twitter kerana aku tak sanggup melihat kegembiraan mereka untuk ke urdul kinanah . aku cemburu . aku sedih . sehingga ke saat ini aku masih terminate facebook . akhirnya aku di lembutkan hati , Allah dengar doa yang aku panjatkan .aku mohon supaya dilembutkan hati erima setiap suratan takdir . usim ? tak terpikir aku akan ke sana . hmmm , entah mengapa aku tidak suka untuk kesana . since abang aku masuk universiti tu , aku dah cakap awal-awal dengan mama abah , aku tak nak masuk USIM . dari aku 4 tahun sampai la aku ke universiti , aku di takdirkan bersama abangku . mujur fakulti yang berbeza . abang aku masuk tahun 3 ( FIQH DAN FATWA ) dan aku masuk tahun 1 (QURANIC MULTIMEDIA) ligat fikiranku berputar . benar , mungkin Allah berikan jawapan yang terbaik . aku sepatutnya dengar cakap mama abah . kerana redha Allah ada pada mama abah . aku akur , aku melihat sungguh seronoknya rakan-rakan yang lain bakal meneruskan pengajian ke urdul kinanah . menghitung hari membayar tiket penerbangan . sekali lagi aku jatuh . aku futur . aku menangis dek terlalu cemburu dengan rakan-rakan . aku pujuk hati supaya terima ketentuan Allah . akhirnya aku akur . Alhamdulillah , sepanjang pengurusan aku ke Universiti Sains Islam Malaysia mudah . terima kasih Allah kerana permudahkan urusanku .walaupun aku sedih , aku yakin , Allah pasti hadiahkan aku hikmah pada pengakhirannya , dan Allah akan hadiahkan senyuman untuk mama dan abah atas kejayaan ku . Namun , berita sedih bagi kawan-kawanku yang bakal ke mesir terpaksa tangguhkan penerbangan kerana kondisi di mesir tidak stabil . hasbunallahu wannikmal wakeel . moga peluang untuk kalian yang bakal kesana terbuka semula . Hari ini , luggage aku masih belum terisi penuh . hanya selimut dan tuala . aku sedang gigih menyiapkan pakaian yang aku dan mama jahit sendiri . insyaAllah aku akan berangkat meninggalkan rumah dan membina kehidupan baru sebagai mahasiswi pada 2 sept ini . doakan kejayaan aku di bumi USIM .terus bersangka baik dengan Allah . InsyaAllah , Allah akan berada pada sangkaan kita . Usim , aku akan mencintai mu seperti mana pernah aku cintakan Mesir . Kesimpulannya apa yang aku ingin katakan , apa yang kita rancang tk semestinya akan benar-benar dan 100% terjadi ,kalau terjadi pu mungkin 50% sebab perncangan Allah jauh lebih baik . redha Allah tu penting, dan ianya ada pada parents kita . one more things before i've forgotten . mungkin bende yang kita rasa baik tu , belum tentu baik pada pandangan Allah . dan boleh jadi perkara yang kita tak setuju lagi kita tidak suka baik dari pandangan Allah . Ana inda zhonni abdibi :') Bachelor of quranic studies with multimedia (Hons) Universiti Sains Islam Malaysia . aku akan mencintaimu kerana kau pilihan ayah bonda ku . Mesir , insyaAllah suatu hari nanti aku bakal jejakimu . pssst , semua kawan kawan aku dah nak bertunang . aku pun dah bertunang ! bertunang dengan USIM . ![]() |