Annyeong ![]() ![]() ![]() aku selalu mendo’akanmu. walau dalam diam. karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya Buzz me ![]() Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Intan Best view: Google Chrome |
I am SuperB !
Thursday, 18 July 2013 | 20:47 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')
"Kamu seorang Muslimah. Kecewa seumur hidup bukanlah cara hidup Islam kerana Allah melarang hamba-hambaNya hidup berputus asa" {Laksamana Sunan by Ramlee Awang Murshid}
untuk yang keberapa kalinya entah , sudah tiada lagi air mata .
walaupun hanya keluh kesah , no more tears dropped .
ini soal masa depan .
acapkali bicara tentang masa depan , aku mesti like asdfghjkl .
Ada kala ianya tidak terluah di alam realiti,
biarkan jari terus menari untuk menulis;
mungkin untuk mengecas sedikit motivasi ^^
absolutely , siapa saja yang tidak sedih bila impian yang telah di bina menggunung ,
kabur begitu saja selepas penat lelah berusaha .
katakan pada aku , siapa yang tidak sedih bila impian dia musnah ?
mungkin dia tidak normal .
Mengumpul redha atas sesuatu yang kita sukar untuk terima kadang-kadang jadi sesuatu yang amat sukar .
Benar , teramat sukar untuk aku terima .aku hanya menuruti apa yang ayah dan bonda aturkan untuk aku .
kerana disitu aku yakin bahawa ada rahmat dan hikmah yang tersembunyi .
kerana redha Allah itu ada pada Ayah dan bonda ,
aku hanya menjadi anak yang sami'na wa ato'na .
diam dan menurut sahaja .
meski hati ini sakit ,
meski hati ini sedih dan pilu .
aku tahu Allah itu sweet .
memberikan hadiah dipengakhiran setelah kita mengharungi sesuatu kepayahan .
Fasobrun Jameel .
mungkin sesuatu itu baik bagi pandangan kita ,
tetapi disebaliknya bagi pandangan Allah .
See , Allah tak bagi ape yang kita nak ,
tapi Allah bagi ape yang kite perlu .
masih terus tersenyum .
tak mengapa tak dapat pergi mesir .
Malaysia juga bagus .
malah ilmu Allah itu luas .
dimana-mana boleh kita kutip .
InsyaAllah , aku dapat terima takdir yang telah Allah titipkan buat aku .
Lonjakkan kepercayaan pada Penyusun Kisah Hidup kerana Dia pasti menyusun kisah yang indah untuk kehidupan di masa hadapan kita.
Owh Lupa, kekecewaan itu adalah guru bagi kita. :) dan dari kekecewaan mahupun kesedihan, itulah sebenarnya yang membuatkan kita bangkit, dan terus awesome!
Memang pada awalnya pahit, sakit, pedih. Kerana barangkali apa yang diinginkan itu datangnya dari nafsu. Untuk mengekangnya memang memerlukan mujahadah yang suuuuungguh tinggi. Untuk mendapatkan sesuatu yang luar biasa, pasti ada mujahadah yang perlu dilakukan.
Mama Abah , akak tunaikan permintaan kalian . InsyaAllah akak akan buat sehabis baik .
Intan Syazwani ,
Bangkit penuh gaya .
aku yakin aku kuat hadapi semua ini .
percaya pada diri sendiri yang kita dapat melakukannya .
tanamkan kepercayaan pada Allah kerana Dia adalah sebaik-baik perancang .
Universiti Sains Islam Malaysia .
nantikan kedatangan aku bersama mini cooper .
Fakulti pengajian Quran dan Sunnah ,
aku bakal melewati hari-hariku di tempat itu .
demi menggapai ilmu dan mardhotillah .
2 september menjadi tarikh keramat ,
InsyaAllah .
Universiti Al-Azhar asy-Syarif .
Maafkan aku kerana terpaksa meninggalkan mu .
Maafkan aku kerana tidak dapat memilih mu .
kerana aku tahu ,
Kau juga tahu , Allah telah membuat sesuatu yang terbaik untuk aku .
aku akan terus berdoa ,
semoga tempat itu terus berada dalam jagaan Allah S.W.T .
mungkin suatu hari nanti akan aku pijak bumi kinanah itu .
tidak perlu menjadi insan luar biasa , jadi yang biasa-biasa sudah memadai .
jadi insan biasa yang mampu memberi manfaat kepada ummah dan agama .
syazwani :')
![]() |