Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
Egypt
Saturday, 6 July 2013 | 21:58 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')

Urdul kinanah .
bumi dambaanku .
meski pun dahulunya tidak pernah terlintas dek fikiran untuk jejakkan kaki disana ,
Namun takdir Allah yang telah ubah segalanya .

syukur masih diberi petunjuk ,
meski pun harus melalui denai kehidupan yang penuh liku .
Namun perkhabaran yang tersebar di media cukup membuat hati ini sedih .
Barangkali tarikh pengajianku disana terpaksa di tangguhkan .
Allahu .
apakah nasib saudara mara ku di sana ?

Solidariti untuk Mesir

“Kamu (Mesir) tahan 30 tahun di bawah pemerintahan Mubarak, namun tidak tahan setahun bersama Morsi? Apa kena dengan kamu?” (Syeikh Yusuf al-Qardhawi)

Sayu di hati apabila mendengar berita Presiden Mesir, Dr Morsi digulingkan daripada posisi beliau. Beliau yang dipilih secara demokrasi oleh rakyat pada pemilihan yang lalu telah digulingkan pada tahun ini dengan cara yang sangat tidak melambangkan demokrasi yang sebenar.

Sejurus penggulingan tersebut, operasi besar-besaran telah dibuat untuk menangkap pimpinan kumpulan Islam Ikhwanul Muslimin, Salafi dan lain-lain. Skrip yang hampir sama pernah berlaku di Turki apabila Parti Refah yang dipimpin oleh Najmuddin Erbakan berjaya memenangi Pilihanraya suatu ketika dahulu dan dikhianati sehingga menyebabkan pengharaman Parti Refah ketika itu.

Di sebalik sokongan ramai pihak yang menyokong Dr. Mursi, berlaku pengkhianatan di peringkat tentera apabila mereka mengambil tindakan mengambil alih pemerintahan sekaligus menggulingkan Dr Mursi daripada posisi Presiden Mesir.

Semoga Allah melindungi Dr Mursi, seluruh umat Islam di Mesir dan juga rakyat yang setia menyokong kepimpinan Dr Mursi yang merupakan seorang negarawan yang begitu lantang menentang kezaliman dan penindasan terhadap umat Islam di seluruh dunia. Beliau juga telah membuka pintu sempadan Mesir-Palestin. Beliau juga tegas dengan pendirian beliau di Syria.

Kamu boleh menekan umat Islam dan umat ini semakin ia ditekan, semakin Islam menjadi kuat. Kamu boleh padamkan sinar Islam yang datang dari Allah swt, namun Allah akan tetap menyempurnakan cahayaNya walaupun kamu membenci hakikat itu.

Bersabarlah, kami bersamamu. Allah pasti membantu orang yang ikhlas menegakkan agamaNya.








Old things | New things