Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
Take a break
Wednesday, 8 May 2013 | 07:23 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')

"saya dah pasrah , Dah redha dan terima dengan seadanya ..."





Dialog ini tiada makna andai kita tidak mengisi sesuatu dengan ilmu Allah S.W.T .tidak cukup dengan hanya mengatakan pasrah andai kita tidak mendekatkan diri kepada Allah .jika mengungkap ayat-ayat seperti ini dalam keadaan kita seperti itu , kita sebenarnya telah putus asa dengan-Nya .

Islam ini sangat cantik kan ?

Allah menguji kita ,namun dia sudah siapkan segala-galanya.Ibarat ,Dia melepaskan kita dengan bekalan dan Dia juga akan menguji kita. Dia mahu lihat,apaah kita pandai menggunakan bekalan yang Dia berikan dengan baik atau tidak ?

Saya sedih ? ye . sedih .

hari di izinkan Allah untuk terus bernafas . Alhamdulillah . bergerak ke Masjid Shah Alam untuk sesi interview dermasiswa . sesi tahriri lagi aku dah blurr . jujur aku bantai je jawab balaghah , hikam wal amsal pown men taram je .aku tak tahu maksud actually ,jadi aku buat je ayat sendiri . duduk bawah air cond make me unconfortable . tak pe . ignore .

sesi syafawi . turn aku dah petang sangat . otak lemau . penat . sakit pinggang . nak golek-golek semua ade . bila turn aku pulak , masuk bagi salam .

Assalamualaikum .(paling dilayan ~ )

bila dah nak duduk ,ustaz sudan tu bagi salam lagi kat aku and said "Ya Allah ...Ya Allah...."
kenapa entah aku pun tak tahu .kebingungan .lantas aku meneruskan hajat untuk di interviewkan .ustaz tu sebut nama syazwani belit belit lidah . aku tak tahu lah laki aku nanti belit-belit tak lidah nak sebut nama syazwani .mintak ic , aku gemuruh , mintak sijil aku macam terpinga-pinga.sebenarnya aku kaget macam mana ada orang sudan boleh kenal aku .

ustaz sudan : enti minal MITIB ?
me : ana a'rafu MITIB walakin ana adrussu fis SAMTTAR .
Ustaz : La. enti minal MITIB .La ba'sa mumkin enti la a'rof ana . saya akan tolong awak untuk sambung                    belajar ke mesir (versi arab)

senyum jela , dah dia senyum . bukan dengan semua orang aku boleh senyum . sombong .angguk sikit .

soalan seterusnya kenapa nak study kat mesir .aku boleh jawab . baca qit'ah lepass .tang tanye ma ma'na amende ntah aku tak hingat . aku jawab "asif, ana la adri" soalan lagi .. macam mana nak berhubung menggunakan teknologi moden .aku blurr . dengan cakap laju , aku tak boleh tangkap ape dia cakap .even dah bagi contoh dan bila aku bagi jawapan dia cakap khoto' khoto' khoto' . aku pown fed up . aku cakap , assif , ana la afham hazihil ayat . okey lastly dia jawab sendiri . dia kata "isbir isbir ..." nampak tak aku dah mula kecewa kat situ .

bila soalan melayu dia tanya pasal syariah .ape nama contoh perkataan yang saya bagi ...aku jawab ijmak , salah ...jawab qiyas pun salah ...lastly dia kata .bittaufiqwannajah syazwani .okey ,aku kecewa . aku dah nampak tiada lagi bayangan mesir .jujur aku putus asa . jujur aku sekarang jatuh sakit . keluar dari bilik tu kawan-kawan bagi semangat , yess , intan kuat .intan takkan nangis depan kawan-kawan . tapi bila aku tadah tangan baca doa lepas wirid dan usai solat maghrib mutiara jernih ini terus terusan gugur . makanan yang dibeli langsung tidak ku jamah. biar .

aku mengambil keputusan untuk tidak meneruskan lagi pengurusan KPT . sekian .

Allah .

aku ingin kata sama Engkau yang Khaliq ,

aku cemburu bila rakan-rakan ku kata "boleh laaa.." "Alhamdulillah .....sambil tersenyum "

Allah ,

Engkau tahu selangkah kaki aku keluar dari bilik itu hati aku dirobek . tiada lagi senyuman . cuma dikit bila kawan-kawan bagi semangat .

mereka kata " Intan , Allah tak bagi apa yang kita nak , tapi bagi ape yang kita perlu  " oh ,terpujuk sebentar . namun bayangan itu masih berlegar di benak . Allah ...

aku mencari damai dalam hijauan tumbuhan dan langit yang kebiruan demi mencari sakinah .

Allah ,

Kau tahu hari ini aku berduka .

Rabb ,

boleh aku tanya sesuatu ?

mana sahabatku yang lain kala aku sedang berduka ?


Dan jika kamu mahu
membicarakan masa depan kamu , maka ketahuilah juga bahawa
masa depan itu adalah milik 
Allah S.W.T 
Memintalah kepada-NYA agar 
dituntun langkah kita,Kawan.
Tiada jalan yang tertutup untuk kembali kepadaNya..


Jangan rebah.
Jangan mengalah.

Syazwani








Old things | New things