Annyeong ![]() ![]() ![]() aku selalu mendo’akanmu. walau dalam diam. karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya Buzz me ![]() Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Intan Best view: Google Chrome |
La Tahzan Qalbi .
Thursday, 9 May 2013 | 19:42 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')Hasbunallah wa nikmal wakil - Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik Pelindung. Allah itu Maha Adil kan? Dia tahu apa yang terbaik, Dia tahu apa yang tak baik. Aku jadi makin yakin kegagalan yang aku pernah rasa satu ketika dahulu, bukan tanda Dia tak sayang, bukan tanda Dia mahu aku bersedih dan bermuram; tapi itu tanda kasihnya Dia. Untuk mentarbiyyah hati aku, mendidik jiwa aku. Allah bagi kegagalan supaya kita merasa pahitnya. Allah bagi kegagalan supaya kita determine untuk buat lebih baik in future.Allah bagi kegagalan bukan kerna Allah tak sayang kita , akan tetapi dia tahu dengan cara menjentik hati manusia dengan kegagalan , minda tersedar daripada zon selasa juga riak dan takabbur .bukan semua orang Allah bagi ujian sebegini , adakalanya Allah bagi istidraj pada mereka .yess istidraj . kesenangan dalam kemurkaan Allah . Naudzubillah , tabarakallah . hidup ? kehidupan ?! ye , aku belajar daripada norma kehidupan . kegagalan itu tidak perlu disadiskan . Hidup ini adakalanya susah juga untuk memujuk hati . kan ? Memang . Hanya kerana kehendak dan impian saling bergelutan ! Tidak cukup dengan itu ,Kehendak hati dengan takdir Allah S.W.T yang cukup baik juga hebat bersaing .Akhirnya yang menang adalah ketetapan takdirNya yang sudah tertulis di luh mahfuz sana . Apabila kehendak diri dan takdir bergelutan, sangat sakit bukan ? Disebabkan itu juga,ramai yang tertunduk dan duduk terkulai.kan kan ?tidak mampu berdiri kerana gagal menundukkan kehendak diri dan akal yang waras tentang apa yang terjadi . Perbuatan ini hanya mengundang kerugian untuk diri sendiri .yes , rugi intan , rugi . Orang islam tidak akan selamanya tunduk lemah dengan permainan dunia yang mengusik kehidupan.Meskipun usikan itu adakalanya radikal serta mampu menbuatkan jiwa seseorang hamba Allah itu mati bagi mereka yang gagal mengawal hati dan perasaan untuk diseimbangkan dengan fikiran yang berlandaskan iman . senyum. Persoalannya bagaimana untuk redha dengan percaturan illahi ? ye . saya mahu belajar mengenainya . Tidak menimpa ujian kepada seorang mukmin seperti kesakitan & kesedihan melainkan untuk menghapuskan dosanya. Senyum. Hadiah dari Allah.
masih memujuk hati ,
syazwani
![]() |