Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
Abah
Sunday, 21 April 2013 | 01:06 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')

tidak kira apa juga panggilan untuknya , dia adalah insan yang istimewa dan bermakna selain daripada ibu . Abah . ayah . papa . daddy .abi . walid . semua boleh . tapi aku panggil abah aku abah . kau ? mungkin abah tak bace entry aku nie , tapi aku yakin . bila abah rindu aku  ,abah akan jadi stalker tegar aku .believe it ? mohon angguk .

eh , apabila kita dewasa dan sudah berumahtangga , kita akan merasa segan untuk bermesra dengan ayah .ceit , cakap macam dah berpengalaman ade suami . apa yang aku nak cakap is "Bapak borrek anak rintik "peribahasa yang cukup sinonim  dalam masyarakat kita . namun apakah peribahasa ini masih lagi boleh pakai dalam zaman kemodenan ini ?

tidak dinafikan abah adalah antara orang yang aku selalu bermanja . kadang-kadang bila abah jatuh kerusi aku gelakkan . okey , nampak tak aku nakal ? tapi aku tolong bangunkan abah .caring kan aku .ehek , puji diri sendiri . kadang-kadang aku tolong abah buat kerje , macam lelaki pula bila fikirkan perangai aku . kadang-kadang aku selalu usha abah buat kerje . aku intai abah dari jendela . aku lihat keringat yang turun . saat itu lah aku berkobar-kobar nak balas jasa abah .

ehem , walaupun abah aku hitam tak putih macam aku . abah tetap hensem . walaupun perut abah boroi like pragnency women , tempat tu jugak aku baring kalau menggedik-gedik malas cari bantal . walaupun cara abah cakap selalu nak menang , abah selalu kalah dengan aku . haha . comel je abah .

lepas solat ,aku tak pernah lupa sebut nama orang yang aku sayang . abah mama antara nya . kadang-kadang abah ni poyo jugak . ade satu hari , nak pergi kenduri orang kahwen je . aku yang tolong touch up kan abah .sweet tak ? mama ? ye .dengan mama sekali aku touch up kan . abah cakap sambil berdiri depan cermin "hensem jugak abah nie " .nampak tak abah poyo .

if korang tak get closed dengan abah korang or ayah korang . cuba-cuba la get close . ajak dyorang berbual . cerita-cerita kenangan dolu-dolu .mintak pandangan orang lain camne nak get close . and lastly jaga hati dia . bagi yang perempuan , dia wali awak tahu . jadi hormat dia . yang lelai ,jangan terlalu ego . mentang-mentang sama jenis ,lelaki . ego tak boleh kawal .

walau buruk mana pun abah korang ,garang macam rimau ke , poyo ke . haya kita sebagai anaknya saja mampu untuk terima segalanya tentang dia . cuma kita sebagai anaknya juga yang mengetahui dia adalah ayah yang terbaik buat kita , masa lalunya mencari nafkah dan membesarkan kita anak-anaknya dengan bersusah payah .ingatlah jasa ayah kita yang tak ternilai itu sehingga kita boleh berjaya sampai hari ini .

satu-satunya anak perempuan abah . sorry intan selalu buli abah . i love you abah <3








Old things | New things