Annyeong ![]() ![]() ![]() aku selalu mendo’akanmu. walau dalam diam. karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya Buzz me ![]() Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah Blog owner: Intan Best view: Google Chrome |
Kita cuma biasa
Thursday, 28 March 2013 | 20:37 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :')
Alhamdulillah , finally dapat juga memainkan jari jemari yang runcing nie di atas keyboard untuk acc blog .selama ini hanya memandang sepi pada laman ini , idea terbang entah ke mana .di cari menghilang idea itu , tidak di cari lain pula jadinya .bak kata iklan koko crunch " mencurah-curah ke ladang gandum " .peribahasa apakah ? = ='
suara-suara lalat pun berbunyi .cengkerik pon menyampuk krikk krikk . unggas pown tak kurang menyahut . "untunglaa update status semua ramai yang like ". aku diam . " untung shoot semua cantik . ramai like " aku senyum. "untung laa ustazah comey . anak murid ramai suke " aku krik krik " wanie cun , hebat , pandai .sape tak pandang " Hello .Assalamualaikum .saya tak perlukan semua tu . saya tak kejar la beribu likers. pasti ke nanti bila yang like untuk status saya dan shoot saya akan bacekan Al-fatihah bila saya tinggalkan dunia nie? pasti ke mereka akan tangisi pemergian saya ? apetah lagi bumi yang saya duduk sekarang nie ? mohon jangan bash hentam kromo saya . saya tak kejar la beribu follower . saya lebih pandang dan respect pada pandangan Allah .ape guna bro kalau hebat pada pandangan manusia tapi hina pada pandangan Allah . hang tak scary ka ? aku scary deh.
difikirkan tentang diri ini .kita ini cuma manusia biasa . tak lari daripada kesilapan .kadang-kadang hidup penuh kepura-puraan itu seronok .kadang-kadang 'ouch , sakit baq hang ' dyorang dok cakap camtu .aku sendiri tak tahu maksud baq hang tu ape .main ikut je orang cakap .LOL
ye , aku nie bukan manusia yang orang kata gadis perfecto . aku juga baru nak berhijrah . berhijrah daripada lembah kejahilan . berhijrah daripada perangai rubbish aku . berhijrah daripada irritated aku dulu .sabar .yes sabar .cuma kadang-kadang aku nie main-main , jatuh menyembah bumi .tersungkur dalam lakonan dunia .ah , aku tidak pantas menjadi heroin kalau baru jatuh dah nangis . tidak sabar teruss nangis .apakah ?
hmm , ye . bila aku dah say Sayonara jahiliyah . aku kadang-kadang lalai .terundur ke jahiliyah sikit . aduh .ini semua penangan duniawi .kadang-kadang aku sedih .aku terkapai-kapai mencari ranting-ranting kayu sebagai penyelamat aku dikala aku lemas .blurpp blurrpp blurrpp. nampak tangan je bila aku lemas . dengan saiz fizikal yang 'fendek' .nampak tak aku bold kat situ ayat pendek . sila baca dengan penegasan . balik cerita tadi , aku terus kuatkan azam . kuat kan semangat .tetiba jatuh lagi .itu norma kehidupan .
orang kata nak berubah tu senang . tapi ingat , nak istiqamah tu sukar . syaitoonn itu sentiasa berjoget poco-poco sambil keluarkan muka kak limah dye menghasut kita manusia nie . kalau iman yang goyah .goshtrider hentam pown kite dah boleh terjerumus ke lembah kotor lagi keruh macam air sungai klang adik beradik kepada sungai langat . jadi nak berubah perlu maintain . biar sedikit , janji berterusan . ye dok ?
sebenarnye aku rindu nak dekat dengan Allah . aku rindu nak hidupkan malam aku .aku rindu nak hidupkan dhuha aku . lately aku malas . tak tahu . mungkin ini the power of dunya . woi intan . woi . woi woi woi *shouted* bila makin jauh ade dengung pulak *GayaJohanCakap* please lah jangan malas-malas .aku harap kau sedar . tak baik tau kejap buat kejap tak . kata intan kepada intan . okey aku tersedar .tak baik camni .mungkin Allah rindu nak dating dengan aku .Allah rindu nak overtime dengan aku . bukan mungkin , tapi iye .Oh Allah , honestly speaking , from heart to heart . am really quite to get closed with you Rabb . and i know you same goes to me . tapi ape gunanya kalau cakap , kalau taip , tapi tiada tindakan . oh , itu lagi terok . Naudzubillah .
jadi . aku harus sedar .
aku tak boleh malas-malas .
aku kene mula balik hari ni .
bukan esok-esok .
aku tak nak hajat aku di tangguh-tangguh .
aku tak nak doa aku di tangguh-tangguh .
sebab aku tak nak Allah tangguh-tangguh permohonan ku .
dan aku harap iman ku terus bertambah dan kuat .
wish you good luck intan .
![]() |