Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
perjalanan
Tuesday, 12 February 2013 | 19:43 | 0 comments

Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)

entri ini barangkali entry yang panjang . sudah lama tanamkan niat di hati ini untuk mengupdate tentang pengalaman di bumi bertuah sebagai pelajar STAM (Sijil Tinggi Agama Malaysia) di Samt.Tengku Ampuan Rahimah . sekolah yang kala ini tersergam indah mencatat nama . mungkin bila aku punya anak-anak kelak , sekolah ini menjadi sekolah yang terkenal suatu hari nanti . sekolah yang melahirkan para daie dan juga ulama' yang hebat. jujur hati ini berbicara , kala aku meningkat usia umur 13 tahun , aku terlalu bersemangat  untuk melangkah meneruskan perjuangan sebagai mujahadah di bumi bertuah ini . namun , hati ini kian goyah .semangat itu kian menghilang . entah mengapa aku tidak mengerti .

" Kepahitan yang sementara untuk kemanisan yng berpanjangan "

detik awal januari 2013 , berat kaki ini melangkah ke dewan Al-Ghazali .berpakaian tudung labuh putih , baju sekolah putih , dan kain hitam . waktu itu kasut sekolah aku masih kasut canvest hitam tingkatan lima .masih cantik lagi . dalam beg aku hanya ada buku catatan dan pencil box serta botol air baru . aku masih gunakannya sehingga saat ini walaupun dah calar . surat tawaran dapat STAM  tidak ku bawa bersama . seingat aku , aku dah jual kat apek jual surat khabar lama tu . ini pengakuan berani mati . melangkah nya kaki ini penuh dengan kemalasan . abah hantar sehingga pagar depan . nak masuk punya la dup dap dup dap . takut . takut nak hadapi dunia Pra-U kerana aku tahu ujian getir menanti aku dihadapan . kata-kata di atas telah keluar dari bait bicara ustazah laiyinah . aku seakan malas untuk mengambil tahu dan tidak percaya sama sekali . jadi , detik itu mula lah pengembaraan aku sebagai pelajar stam yang terpaksa .

di tempatkan dalam kelas 6 Siddiq , dalam benakku hanya kata-kata "Mungkin aku bodoh , sebab tu masok kelas siddiq" . aku sedih kerana berpisah kelas dengan sahabat-sahabat ku . aku berpura-pura gembira menjadi ahli kelas siddiq . walhal , hati ni memendam 1001 rasa . bonda ku pujuk lagi ,mungkin Allah nak bagi sesuatu yang lebih baik, kata bondaku . saat itu lah aku mula berkenalan dengan aini sapani dan adira shahira . very awkward moment . tak tahu nak cakap apa . namun aku ringankan mulut untuk beramah mesra . waktu  itu aku masih duduk di rumah . maknanya ulang alik lah . selalu juga datang lambat . itu hobi . dan paling penting , handphone selalu bawa ke sekolah .life no rules . nampak tak kenakalannya .

aku juga pernah memberontak tidak mahu ke sekolah . tidak mahu jadi pelajar stam . menangis , berkurung dalam bilik .paham sajalah memberontak bagaimana kan . puas ku pujuk hati ini untuk terima takdir bahawa aku memang pelajar stam . ayahanda ku seorang yang panas baran . tahu perangai aku begini lalu ayat sentapnya membuat aku terkunci seribu bahasa .menangislah aku didalam bas kerana ke sekolah dengan terpaksa . tidak cukup dengan itu , dipaksanya diri ini untuk menetap di hostel . cukup hati ini tersiksa . hati ini bagai dibunuh . berlegar awan-awan putih di atas kepala, kenapa mama abah paksa aku .kenapa ? dengan berat hati , aku mengisi borang asrama . ku turuti semua kehendak orang tua ku .

janji sewaktu berada di tingkatan lima ku tagih . ingin memiliki lesen kereta seawal usia 18tahun .mula-mula pintaku tidak di turuti kerana mereka bimbang aku tidak mahu menetap di asrama . akhirnya aku berjaya miliki lesen itu . tiba lah saat perasaan ini di uji , telah ku jangka segalanya . hebat ujian aku tempuhi . menangis waktu prep dek hati terluka . ku kesat air mata hingga bengkak mata ini kerana hirisan sembilu . ku rahsiakan dalam hati ni agar sahabat ku tidak ketahuan kecuali fatin azmi . bahu dia yang ku pinjam . riba ainul fatin ku pinjam menahan esakan, saat itu aku turut membenci insan bernama lelaki . luka kerana lelaki . tapi aku bangkit . saat itu lah aku berazam , aku tak akan sama sekali menangis lagi untuk seorang lelaki .sampai ke saat ini , tiada lagi titisan untuk lelaki . aku menjadi seorang yang tabah . sahabat yang dulu musuh menjadi rakan karib ku . banyak membantu aku .aku buang segala CD negatif terhadapnya . aku yakin barangkali ada hikmah di sebalik musibah yang menimpa . jujur , semua ini mengambil masa yang lama untuk luka ini sembuh . Alhamdulillah , berkat doa dan reda hati ini . aku gembira punya sahabat seperti beliau . tidak kurang juga sahabat yang sentiasa di sisiku fatin azmi memujuk hati ini . dan crew :')

hakikatnya , sepanjang aku menempuhi perjalanan hidup sebagai pelajar upper form , hati aku kerap di robek . inilah menjadi punca aku takut untuk menjadi pelajar tingkatan 6 . aku tidak kuat untuk hadapi semua ini . tapi aku silap . aku tabah sebenarnya . aku kuat sebenarnya . satu persatu kekecewaan menerobos hati ini . dengan kegagalan aku waktu spm . ingin aku beritahu , aku hanya mendapat 2A . hati siapa tidak hancur . katakan pada aku siapa tidak kecewa bila gagal . menangis tidak henti-henti selama 3 hari . langsung tiada mood ke sekolah . sekali lagi aku kecewa , kecewa kerana tidak mendapat mana-mana tawaran . sejak itu aku mulai yakin , mama abah tahu apa yang terbaik untuk aku .

kegagalan demi kegagalan aku tadah . setiap kali imtihan . muka ini lah yang ranking hampir last . muka ini lah yang rosib . muka yang terpaksa ini lah gagal . sedih adik-adik ku , sedih kawan-kawan . saat sahabat yang lain gembira tiada maddah rosib . tapi aku ? 6 rosib . aku putus asa . tiada lagi semangat . tapi atas semangat mama abah , akak-akak senior dulu . kak piqa,kak ain,kakaisya,kak fasya. even pernah gadoh dulu , dyorang tak jemu support aku .dyorang cabar aku . dyorang cabar aku kembalikan kegembiraan dulu . cabar segalanya *maaf tidak boleh mention* aku beritahu mereka , aku dapat rosib waktu PPT . aku menangis sewaktu OTP dengan mereka . mereka beri kata-kata semangat .

sejak daripada itu , aku nekad . aku nak berubah , azam ku tingkatkan . biar sedikit perubahan aku , janji aku gandakan . tapi norma kehidupan , manusia tak lari daripada kesilapan kan . hubungan aku dengan aini dan dira semakin akrab . belajar sama-sama , tidur dalam kelas sama-sama . setiap kali ada antara kami bertiga yang lentok , gula-gula mentos yang pedas gilaaa tu menjadi ubat . aicett . ubat la konon ...

setiap pagi hadir ke sekolah terus hafal . waktu syafawi , aku sangat takott . tetapi sahabat aku kuat menyokong . tunggu aku di pondok . sayang korang sangat-sangat ! berkat usaha dan doa orang sekeliling , aku dapat jawab . Alhamdulillah :') . saat itu fokus aku beralih untuk trial . jujur ,bila waktu nak exam la kemelut berlaku antara crew . aku sedih , tapi aku sembunyikan dalam hati . aku masih lagi dengan kepura-puraan senyuman palsu aku . malang sekali , aku keegoan menguasai diri . nah , sampai saat ini aku masih lagi ego . lagi-lagi dengan lelaki . adakalanya aku pujuk hati ini agar tidak terlalu ego :). misi aku untuk trial adalah jayyid dan lulus semua maddah .Alhamdulillah , aku berjaya capai . tetapi yang sedihnya , terpaksa tukar kelas . jujur aku sedih sangat berpisah dengan dira and aini . dyorang la yang suka bantu aku . sehingga suatu masa aku mencari jalan untuk tidak hadir ke sekolah . namun tidak berjaya . akhirnya aku temui jalan buntu , aku kecewa . lalu jatuh sakit . demam,selesema,batuk keluar darah . aku flatt . akhirnya aku pulang ke rumah . walhal lagi berapa hari saja nak exam STAM 2012 . bondaku arif membaca fikiran di benak ini . dia tahu mengapa aku jatuh sakit sehingga begini rupa . dipujuk hati ini agar terima seadanya , barangkali ada hikmah . aku termakan pujuk rayu itu . ku kuatkan semangat ini . Alhamdulillah . . .

semua paper berjalan lancar , even tersedut-sedut hingus . terbatuk-batuk ala ala nenek . huhu . aku akui , seminggu awal peperiksaan adalah saat getir . susah ! balik daripada exam mesti tiada senyuman untuk adik-adik dorm . seawal jam 4 pagi aku bangun untuk bertahajjud dan aku tidak tidur lewat . jam sebelas mesti sudah masuk dorm dan tido . bayang kan . waktu rehatku hanya sedikit tapi aku yakin Allah sentiasa bersama aku . malaikat kiri kanan ku temankan aku belajar . jujur , aku sebenarnye penakot . tapi aku buat-buat tak tahu demi masa depan . qiammullail menjadi permulaan ku setalah bangun daripada pembaringan . hari berganti hari , masa berganti masa . natijah pun keluar .aku seperti ketakutan .sengaja lewatkan diri ke sekolah . sengaja kerja di pagi hari untuk hilangkan nervous . walhal mama abah tak sabar tunggu natijahku .sampai di sekolah berpelukan dengan sahabat . menggunung rindu ini . tersangat rindu dengan mereka. pabila adira dan aini telah menerima natijah , tinggal aku sorang berdiri diluar cabin dengan berharap , misi aku berjaya . tapi kaki ini goyah . tidak mahu injak ke dalam cabin . berkat semangat sahabat ku dira dan aini yang mengiringi ,alhamdulillah .aku berjaya peroleh Jayyid jiddan .gugur air mata gembira ini . misi ku lunas . orang pertama yang aku beritahu adalah abah. kemudian mama. cuma sedikit kecewa ,nasib sahabat tidak sama dengan aku . dari jauh aku kirim doa , aku berharap semoga Allah beri sakinah pada mereka . tiada sahabat yang sanggup melihat sahabatnya bersedih . aku menangis sendirian di hening malam memikirkan soal sahabat . sayang ini pada mereka menggunung persis adik beradikku .

konklusi daripada coretan ku ini , jangan terlalu membenci seseorang kerana mungkin dia juga yang akan menjadi orang yang kita sayang . di ikuti berkat doa ibu bapa . apa yang ibu bapa kita nak mungkin itu yang terbaik dan terselit hikmah .buktinya sudah ku cerita .even mama abah paksa ,even terpaksa , natijahnye membuatkan air mata bonda menitis . aku tahu kejayaan ini tidak sehebat mereka yang mumtaz . tapi cukuplah menggembirakan mama abah .mama abah , terima kasih .ustaz ustazah yang tidak kenal erti jemu mendidik . dan paling penting niat dalam hati . kejayaan ini adalah rezeki Allah yang sangat bernilai .terima kasih Allah . adik-adik semua , tanamkan semangat mulai sekarang :') akhir kalam , syukran .

yang benar
Intan Syazwani








Old things | New things