Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
Hebat
Friday, 8 February 2013 | 20:27 | 0 comments
Bismillahirrahmanirrahim. In the name of Allah The Most Gracious and The Most Merciful. Salam to all readers. :)Assalamualaikum .

hebat . satu ungkapan yang nampak pada positifnya . nampak pada gah nya . sesiapa pun hebat tetapi jangan pernah lupa bahawa yang Maha Esa ternyata jauh lebih hebat . got it ? terima kasih .
sejenak memikirkan apa yang bakal berlaku pada masa mendatang . adakah ini keputusan muktamad ku ? hati ini berbicara . terkadang hati ini goyah . hati ini juga mengembang kerana gembira , hati ini juga mengecut kerana sedih .

Menangis lah mata ini kerana memikirkan yang terbaik . sehingga kolam air mata tandus . tiada titisan jernih . mata ini lesu , mata ini kuyu .mata ini lelah .Ya Allah help us to guide ourselves . menyambung pelajaran ? memilih yang terbaik adalah membuat keputusan yang terlalu sukar .bimbang ini bukan yang terbaik . bimbang ini adalah langkah yang terlajak . diri ini berharap empunya badan tidak jemu mengharap yang terbaik daripada Rabb .semoga universitas yang aku pilih adalah pilihan yang terbaik .

UKM ,UPSI,USIM,UIA dan UMP  menjadi pilihan . ijiazah sarjana muda pengurusan projek di UMP adalah bidan terjun . rasa macam nak menari hollywood pon ada . tidak waras kah aku ? sebenarnya aku tiada mood untuk memilih institusi . memikirkan ilmu yang perlu aku kecapi .hati aku di Mesir . dan di Malaysia , aku berharap Ijazah sarjana muda Dakwah dan kepimpinan di UKM bakal aku miliki . tidak tahu mengapa aku di gerakkan hati untuk bidang ini . barangkali menebus kekecewaan kekanda ku yang tidak berjaya peroleh course ini . Rabb , bukakan lah pintu rezeki ku untuk ke bumi anbiya' itu . izinkan aku jejakkan kaki ke bumi itu . aku sudah berusaha mengumpul sejumlah wang untuk persiapan hari mendatang ku . mungkin juga untuk beberapa meter kain kapan . mungkin juga persedian mujahadah .

 persoalan di benak minda bonda ku . terkedu dengan persoalan ini . bagaimana bonda boleh tahu aku sedang berlari jauh ? . "kak , kenapa akak lari daripada dia ? sampai bila akak nak lari? "persoalan yang mematahkan selera makan ku . namun tidak ku tuju riak wajah duka pada bonda . ku lemparkan senyuman palsu . Bertahanlah diri . bersabarlah duhai jiwaku . tetap tabahkan hatimu . kelak disaat yang tepat , bahagia menanti dirimu dan kelak kau dapati .  bagi aku ,tidak perlu wujud lagi persoalan begitu . aku menjauh , aku menyepi , aku mendiam hanya untuk melembutkan hati . dan aku tidak mahu mengharapkan mentari memuncul kan terik pagi untuk memberikan bahagia hati . tidak mengapa , aku tabah . :') aku berharap bonda paham isi hati robek ini . aku juga berharap , sahabat beliau terus membimbing dirinya tanpa aku disisi . mungkin kerana aku terlalu jahil . maafkan aku sahabat . . .

Ku bisikkan kerinduan dan Keinsafan kepadaMU Rabb :')







Old things | New things