Blog gua
Annyeong



di sini,
aku selalu mendo’akanmu.
walau dalam diam.
karena Tuhan punya pelbagai cara untuk menyampaikannya

Story Owner Linkies
Buzz me



Credits
Template by Nik Sheera
Cute header by Aliah
Blog owner: Intan
Best view: Google Chrome
result STAM .
Wednesday, 30 January 2013 | 07:36 | 0 comments


Bismillahhirrahmanirrahim .

Assalamualaikum buat pembaca tegar blog Ultramen pakai tudung . Moga berada dalam keadaan sihat hendaknya . moga juga kamu kamu dan kamu terus berada dibawah lindungan RahmatNya .

Alhamdulillah , kalimah keramat yang terucap dibibir saat slip di terima .tiada apa yang mampu aku lakukan selain sujud syukur pada Rabb . saat melihat keputusan ,titisan jernih di tubir mata menitis . bukan kerana kecewa , tetapi kerana gembira .

terima kasih Allah , atas rezeki yang tidak ku sangka-sangka ini . petunjuk yang Engkau iringi untuk diriku supaya terus betah menimba ilmu Mu .terima kasih Rabb, terima kasih kerana memberikan aku sakinah tatkala aku sukar dan jatuh tika diriku ingin menggapai ilmu Mu. Terima Kasih mama abah atas pengorbanan dan galakan yang diberikan .  sumbangan yang tidak mampu aku bayar dengan wang ringgit dari segi tenaga , wang , keringat yang menitis , kasih sayang serta nasihat .ayahanda dan bonda yang banyak menyokong sebagai tulang belakang diri ini . dan setiap kali mendoakan kejayaan anak-anaknya . Buat Mu'alim dan mualimat yang bertungkus lumus membantu aku ,yang tidak pernah kenal ape itu erti fed up mengajar dan mencurah ilmu . yang mana buat-buat tak tahu apa erti penat mendidik kami . yang selalu mentarbiyah diri ini dan anak-anak murid lain agar tidak melupakan bahawa seemuanya dari yang Maha Esa. tidak ku lupa buat sahabat seperjuangan yang menemani diri ini . yang membantu dari setiap penjuru ,supaya posisi untuk menjadi pelajar cemerlang terus utuh . sesungguhnya semua ini pemberian daripada Allah .

sejujurnya , pada permulaan aku menjejakkan kaki ke dewan Al-ghazali sebagai pelajar STAM  adalah diri aku yang dipaksa untuk duduk di bangku sekolah sebagai pelajar STAM . pabila guru bertanya "siapa yang datang sini kerana terpaksa ?" zupp . aku sentap .mahu saja sepantas kilat aku angkat tangan ,tapi malu . haha.tidak optimis benar lagaknya . sehinnga lah aku membuat keputusan untuk solat istikharoh dan berfikiran terbuka . aku seringkali mendapat bayangan blok Pra-U STAM dalam mimpiku .ditambah pula setiap urusan UPU dan IPG terlalu banyak rintangan .ada saja yang salah . lalu aku nekad , mungkin STAM adalah yang terbaik . ku pujuk hati ini , Alhamdulillah . Allah permudahkan .semuanya bergantung pada niat kita . percaya lah ,ringankan tanganmu untuk selalu memanjatkan doa pada Rabb ,Dia pasti tunaikan . Yakin dengan rezeki Allah . Dia berhak tentukan segalanya dalam hidup kita .

perkongsian yang dapat diri ini berikan , setiap detik jam 4 pagi , aku bangun untuk tunaikan perkara sunat yang utama . perkongsian yang sama diberikan oleh senior aku abang alif ahmad . aku amalkan sehingga hari ini . bukan niat nak menunjuk-nunjuk .tetapi ingin berkongsi the power of Qiamullail . memang ngantuk . tapi aku lawan . jujurnya , aku bawak handphone pergi asrama sebagai jam loceng ku . selain itu ,kadang-kadang senyap2 call mama sehingga la saat handphone di rampas . yang itu bad story . selain tu ,aku amalkan solat dhuha . aku yakin dengan rezeki dhuha . terbukti berlaku pada diri ini .dan aku bersyukur .selain itu aku amalkan ayat seribu dinar dalam doaku siang dan malam . dan jangan lupa , selawat lah ke atas junjungan besar nabi kita Muhammad S.A.W ...

to be honest , aku gembira dengan kejayaan ku .mungkin ini saja tahap kemampuan ku . aku akan naik pentas tahun ini setelah sekian lamanya menanti . aku dah buat mama menangis dengan kejayaan ku .berkat dengar cakap mama abah :') .ok , ketandusan idea . tak seronok kowt entry ni , tapi manfaatkan . kalau ade tambahan perkongsian ,sila lah ye ringankan tangan untuk berkongsi !Alfu mabrouk buat sahabat semua . kepada yang kurang berjaya , La takhaf wa la tahzan .klik SINI untuk lihat senarai nama

salam egypt from malaysia
Intan Syazwani






Old things | New things